Friday, January 30, 2009

..Majlis Aqiqah dan Potong Jambul..

Gambo kat bawah ni maser Balqis umur 3bln lebih.. Buat Majlis Aqiqah n Potong Jambul maser kenduri kawen adik aku yg no. 2. Mak aku suh wat kenduri sekali. senang, 1 kerja jer.. Jom layan gambo.. Hehe.. kepala botak.. camaner nak potong jambul. jambul pun takder. nasib baik ader ler rambut sket.. potong yang tu jer wat syarat..huhuhu..


--------------------------------------------------------------------------

..Permata Hatiku..


Hola!! lamer tak update blog nie. Hmm, maser cuti chinese new year hari tu aku balik kg Kedah. Masa kat kedah tu, aku gunalah komputer adik ipar aku then aku terjumpa gambo2 lamer aku n Balqis..

...Inilah Balqis Batrisyia binti Zulhelmi...
Gambo kat atas ni, maser Balqis umur dari 1 bln - 6 bln..

Meh sini aku citer sikit pengalaman aku maser bersalin. Aku bersalin dekat Hospital Putrajaya coz aku duk kat Putrajaya. Hospital ni dekat jer dgn umah aku. kalau nak jalan kaki pun boleh. tapi berpeluh gak la ketiak.
Due aku sepatutnya 26 Ogos 2007. Tapi aku bersalin seminggu awal 19 Ogos 2007. Mungkin sebab anak aku dah tak sabo nak tengok dunia ni kot.. Exited sungguh ko nak.. Masa 18 hari bulan pagi (Hari Sabtu)dalam kol 9.00am aku masuk toilet biaser la nak wat aper lagi kan kalau tak bersihkan diri. Tiba2 jer aku tengok ader darah ngan lendir kat penties aku. Bila aku tengok camgitu aku terus jadi panik la.. (yerla.. aku mana pengalaman sebelum ni..) Dalam hati aku terdetik, aku da nak bersalin ke ni?? tapi tak raser sakit pun?? aku pun terus la panggil hubby aku. nasib baik la dia tak ada operasi hari tu. Aku bitau dia then dia tengok. dia pun cam aku gak panik. Tapi aku boleh control. Dia da kelam kabut tak tentu arah.. Dia tak tau nak amek reaction aper.. pastu, aku suh la dia tipon kakak ipar aku. tanyer pendapat dia..(kakak ipar tu nurse sakit puan.) Maser tipon tu, kakak ipar aku cakap tu salah satu tanda nak bersalin.. pastu hubby aku tipon plak bapak mertua aku. Bapak mertua cakap g spital cepat2 coz takut air ketuban pecah n boleh sebabkan baby lemas..hehe.. tapi time tu keadaan aku da terkawal.. da boleh rilex ar.. then aku tenangkan perasaan hubby aku.. pastu kitorang pun bersiap2 la nak g spital.Nasib baik barang2 baby awal2 lagi nak masukkan dalam beg. so, terus angkut jer la..
Korang tau, sebelum aku g spital, aku sempat lagi pg Alamanda cari pad. Yerla tak sakit lagi kan.. aku pun lambat2 kan la g spital. masa kat alamanda bapak mertua aku tipon lagi. bila dia tau jer aku tgh jalan2 kat alamanda, dia terus jd marah.hehehe.. bukan aper, dia risau aper2 terjadik kat bakal cucu dia ni.. (kalau korang nak tau anak aku cucu dia yg ke3.Cucu2 dia sebelum ni lelaki..) Bila da kena marah, terusla kitorang pg spital..
Biler sampai spital, aku pun terusla pg kaunter dewan bersalin. Bila nurse kat situ da amik butir2 pengenalan aku, then dia suh aku masuk bilik untuk diperiksa. Da di check, nurse tu cakap, pintu rahim baru bukak 2 cm. aper yg aku tau, kalau nak bersalin kena tunggu pintu bukak 10cm baru boleh.. pastu aku tanyerlah, baper jam lagi nak tunggu sampai 10cm?? Nurse ckp tak tentu, depend pd orang-orangnyer jugak. kalau ikut buku 1cm amek maser 1 jam. Pastu nurse tanyer samada aku nak balik umah dulu atau pun nak terus masuk wad. Pastu aku pilik masuk wad sebab aku da malas nak balik umah takut sampai umah jer nak terbersalin. nak patah balik smula g spital.kan leceh tu.. then, nurse check katil kat wad ada banyak katil kosong, aku pun terus la g wad. Biler aku da masuk wad, hubby aku dia tak tunggu lamer then dia terus balik umah nak wat prepareration n nak kol parent aku. Aku start masuk wad dalam pukol 3.30 ptg. Kalau korang nak tau, ni la first time dalam hidup aku, aku duduk wad.hehe.. sonok gak tapi borring r..aku duduk wad kelas 2 (1 bilik 4 katil) biler aku borring aku start la borak ngan kakak depan katil aku. Dia pun samer kes cam aku. Tapi yg bezanya dia belum cukup bulan lagi. tapi ada kuar darah. so, kena la tahan wad.

Biler malam dalam pukol 11.00pm aku da terasa sakit perut.. raser cam perut aku mengeras.. hati aku terdetik lagi.. ni ker tanda sakit nak bersalin?? Time ni aku boleh tahan lagi.. aku try nak tido tapi takleh nak tido sebab perut aku asik mengeras jer.. sampai la pukol 4.00am aku da tak boleh tahan sgt2. aku nak panggil nurse, tapi tak sampai ati plak nak suh nurse datang katil aku. then dengan baikhati nyer aku terus la ke kaunter luarbilik aku tu bitau nurse kat situ. time tu nak jalan pun da tak larat da.. sebab da sakit sangat. raser sakitnyer tuhan sajer yg tau. nurse terus check rahim aku then tengok pintu rahim baru bukak 4 cm?? aku terkejut r.. da baper jam sakit baru 4cm bukak. pastu ada doktor kat situ terus pecahkan air ketuban aku. then nurse terus tolak aku guna wheelchair masuk delievery room.. sebelum masuk delevery room tu, sempat gak r aku suh nurse tipon hubby aku minta dia datang teman aku bersalin. kesian kat hubby aku. tgh2 suboh kena datang spital. Lepas pecah air ketuban, aku raser sakitnya lagi kuat. bila hubby aku datang, dia terus tenangkan aku suh aku bertahan. time tu pintu baru bukak 5cm. lambat lagi nak tunggu 10cm.. tapi time tu aku raser cam nak teran. tapi nurse tak kasik.takut kepala baby luka sbb pintu bukak kecik lagi. Ya Allah.. rasa sakit dia wat aku insaf. Baru aku tau camtu la sakitnyer bile mak aku beranak kan aku..Time tu aku sayang sangat kat mak aku.. Maser aku tak tahan sakit tu, aku minta nurse kasik aku pil tido la, ubat bius la.. tapi nurse tak kasih. dia cakap kalau aku tido saper nak tolong aku teran kalau baby da nak keluar. betol gak aku pikir..hehe.. Maser aku sakit, tangan hubby aku jadik mangsa. yerlah.. biler sakitnya datang aku genggam tangan hubby aku sampai merah2..biler aku tak tahan lagi, aku mintak lagi kat nurse suh bedah aku.hehehe... aperla aku ni.. Pastu aper lagi tgh sakit2 tu, kena sembor plak ngan nurse. dia cakap, "puan sepatutnya raser bersyukor tau bile raser nikmat bersalin ni.sesetengah orang tak dapat nak raser nikmat camni. Puan tahan sket lagi yer. ni baru bukak 8cm" Hua!!! cam nak nangis aku. aku siap cakap ngan hubby aku pasni jgn suh aku bersalin lagi..heheh..Hubby aku pun cuma cakap "iyerlah sayang.." pastu nurse pakaikan aku topeng gas, biler aku pakai kurang sket jer la sakitnyer.. tapi topeng tu buat aku nak tido plak.. Hubby aku sampai tertido2 kat sebelah aku. kesian aku tengok dia..

Tepat pukol 8.50am aku da tak boleh tahan sangat2 da.. aku memang da nak meneran. aku pun suh lah hubby aku panggil nurse cakap aku da nak bersalin. pastu nurse datang check then dia cakap da boleh teran.. pastu nurse buat persediaan cucuk sana cucuk sini then suh aku teran. First teran baby tak kuar lagi. second time teran kepala baby da kuar, tapi nurse suh stop teran coz tali pusat terbelit kat leher baby. kesian baby aku.Hubby aku ada kat sebelah aku kasik aku semangat dan dia menyaksikan kejadian yg amat menginsafkan dia di mana isterinya bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnyer.. then, aku teran lagi sekali. sambil aku teran nurse gunting terus baby meluncur keluar dengan lajunya. Pukol 8.56pg Siti Suriani's baby selamat dilahirkan dengan berat 2.60 kg. ahh!!! leganya.. bila baby keluar jer, da potong tali pusat nurse terus tunjuk kat aku n tanyer jantina baby. dengan lemah nya aku menjawab baby girl. then nurse terus letak baby aku kat atas dada aku untuk aku peluk. Ya Allah.. nikmatnya.. ni ker anak aku??? Automatik sakit yg aku tanggung tu terus hilang saat aku peluk anak aku..Hubby aku sebak dan menangis tengok saat tu.. Lepas tu, nurse suh hubby aku keluar dari bilik tu. Dia tak sempat nak iqamatkan anak dia..

Da selamat bersalin, nurse sibuk membersihkan baby aku. maser proses aku bersalin ada 3 nurse yg jaga aku. sorang tolong bersihkan baby n lagi 2 lagi tolong proses aku plak. Sebelum aku dijahit, rahim aku perlu dibersihkan aku dahulu. perut aku ditekan2 untuk keluarkan sisa2 darah dan lain2.. tapi darah tak benti2 kuar. then nurse pergi seluk rahim aku dan korek dalam rahim.. aku rasa sakit yang amat untuk kali ke 2.aku tak tau raser sakit camaner. aku raser senak yang teramat sangat. 4 kali nurse seluk.. bila dah makesure tak ada keluar darah lagi, baru la jahit.. maser jahit tu aku da tak raser sakit lagi. sebab aku da raser sakit yg lebih sakit dari sakit jahit ni. jahit pun tak banyak. dalam 3 jahitan jer aku raser..da setle semua baru la aku ditolak masuk wad semula. time tu dalam pukol 10.00am.baby pun nurse da baringkan kat sebelah aku. aku peluk erat2 baby aku.Inilah lambang kasih, sayang n cinta yang terbelah bagi antara aku dan hubby aku.

Sampai wad baby nangis nak susu. Aku try la kasih susu aku. tapi air susu tak keluar. kesian sangat kat baby aku.. dia pandai sedut tapi tak ada keluar air. Menangis aku. pastu nurse amek mungkin nak kasik susu kot. Kasik susu guna cawan. kesian kat baby aku tu.. Dalam tengahari hubby n parent aku pun datang. Hubby aku sampai terus azan n iqamatkan baby coz pagi td tak sempat nak buat..parent aku punyer seronok giler.. yerlah cucu first. pompuan plak tu. suka sangat2 la diorang..petang nyer plak parent mertua aku plak datang..
Besoknyer selepas da makesure baby n aku sihat, aku pun dibenarkan check-out. Untuk pengetahuan korang aku dok kat putrajaya sampai hari ke-4 jer.tu pun mak mertua aku yg jaga. kesian kat dia. pastu hari ke-5 terus aku balik kg aku kat batu pahat. mak aku sendiri yg jaga..

Gambo ni plak maser Balqis baru umur 8 hari. Dia baru je lepas cukur rambut.. Pada mulanya, aku tak setuju rambut Balqis nak dicukur. Mak aku pun tak setuju. Tapi memandangkan papa Balqis beria-ia benor nak cukur so, terpaksa la aku ikut jer keputusannya. Yer la.. orang cakap sunat hukumnya kalau baby cukur rambut. Rambut baby baby baru lahir kan kotor. Tu yang kena buang kalau nak anak biler besar baik perilakunyer.. Insyaallah, moga-moga Balqis kalau da beso biarla perangainya sentiasa elok dan pandai jaga diri dan nama mak bapak dia..


Korang tau, saat Balqis start cukur sampai la habis dicukurkan aku tak benti2 menangis. Aku rasa sedih yang teramat sangat. Korang tengok jerlah ghupa anak aku tu lepas kena cukur. Dah tak comel..Tengok mata aku pun sampai sembab2 jadiknya sbb tak benti2 nangis. nasib baik tak bentan.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, January 22, 2009

My Family


Keluargaku yang bahagia.


Ini lah ahli-ahli dalam keluargaku yang terdiri dari aku sendiri, my luvly hubby(zul) n also my luvly doter (balqis). Gambar ni maser rayer kali kedua bersama keluarga setelah aku melangkah ke gerbang perkahwinan. Time ni turn umah hubby aku kat Alor Staq, Kedah.


Masa rayer kali pertama (takder gambar lor..) turn kat Johor. Time tu aku baru selamat bersalin our first baby (balqis la tu..). Kiranya belum sampai tarikh 1st anniversary aku, aku dah bersalin.. tapi korang jgn pikir bukan-bukan plak. aku bukan mengandung sebelum nikah tau. aku ngandung selepas nikah eh.. kira bunting pelamin la orang cakap..



Ni aku nak citer camaner aku leh kenal ngan hubby aku.. Actually aku dah kenal dia dah lamer.. Kalau tak silap aku tarikh 28 Ogos 2000. Time tu aku belaja lagi kat Politeknik Port Dickson. Dia plak belaja kat Politeknik Pasir Gudang. Kira dua-dua student poly la.. Mesti korang tertanyer2 kan camaner leh kenal padahal aku kat PD and dia kat JB. Maser aku PD aku join Group WATANIAH. Kira orang kanan gak la. maser tu WATANIAH buat Kem Tahunan kat Poly Kedah. So, sumer Poly2 seMalaysia turun Kedah termasuklah Poly JB sekali. so, kat situ la bermulanya bibit-bibit perkenalan.heheh..Cenggitu la lebih kurang citer nyer. nak citer lebey2 takut korang plak muak nak bacer.



Hubby aku ni tua setahun jer daripada aku. Maser aku kenal dia, badan dia tak camni.. sekeping jer.. Hah!! tengok la ni.. bekeping2.. Hehe.. orang cakap kalau lepas kawen, si suami nyer gemuk tu tandanya 'lambang kejayaan seorang isteri'.. heheh..berjaya dari segi aper tu, korang pikirla sendiri..ahaks!!!

----------------------------------------------------------------------------

Zulyanie Look-alike Meter

MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph