Tuesday, February 17, 2009

Mari Beramal Jariah Dengan Bersedekah

Ni lagi satu artikel yg aku nak panjangkan. Same-samelah kiter beramal sambil bersedekah..

RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
TAMAN BAIDURI
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor
_____________________________________________________________

SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.

Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.

Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.

Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:
ITEM KUANTITI
1. Al-Quran resam Uthmani - 20
2. Muqqadam / Iqra’ - 20
3. Surah Yasin - 20
4. Sejadah - 20
5. Rehal - 20
6. Kain pelikat - 16
7. Songkok - 16
8. Buku cerita dan buku latihan
9. Rak buku - 5
10. Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut) - 16
11. Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) - 16
12. Pakaian harian - 16
13. Almari pakaian - 16
14. Katil double decker - 8
15. Tilam - 20
16. Bantal - 20
17. Selimut - 20
18. Kipas dinding - 8
19. Lampu kalimantang - 10
20. Dapur gas - 1
21. Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik - 20
22. Ampaian kain - 1
23. Beras, gula, tepung, minyak masak
24. Barangan kering & rempah

* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.

Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:

En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 shukry_latar@yahoo.com
Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 solehin_ioa@yahoo.com.my
Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 lukmanzm@hotmail.com

Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Yang Benar,
En. Mohd Shukry Md Latar
Pengerusi
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.

TESCO

Hola!!!

Td aku baca blog Fantaghirolynn pasal keburukan Facebook. Skrg ni aku plak nak korang bacer artikel yg aku baru dapat dari email aku ni.. Korang baca then korang pikir sendiri sama ada korang nak sokong atau pun tidak.. it's up to u guysss...aku sekadar memanjangkan jer..

Sir John 'Jack' Edward Cohen (1898 -1979) - founder of Tesco O => Jewish Supermarket

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News ( http://www.ljn.co.uk/ ) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England . Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel. Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen. Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar. Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England . Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat "search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco. Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

Konflik Keja

Hola!!! ..
Pekhabo sumer-sumer??? hehe, lamer giler aku tak tulis blog ni.. sori la. lately ni aku buat2 bz sket walupun tak bz sgt.. sat lg kalau aku tak wat bz nanti ader orang ngater plak yang aku tak nak wat kejer or takder kejer..
Ha.. biler da citer bab kejer ni, kat sini aku nak mintak pendapat korang sikit la.. kalau tak nak kasik pendapat pun takper.. janji aku boleh kongsi ngan korang.. Actually, kat opis baru aku ni aku menghadapi sedikit konflik kejer.. Bio aku terangkan dulu aper sebenarnya pekerjaan aku ni.. Aku ni adalah seorang Pembantu Khas a.k.a. Setiausaha a.k.a. Personal Assistant (PA) kepada seorang bos berpangkat Pengarah di Jabatan Kerajaan. Aku baru jer 6 bulan berpindah tempat kejer.. Sebelum ni aku kejer kat Kementerian. And now aku bekerja kat Jabatan plak. Kalau korang nak tau aku kat Kementerian dah 7 tahun then baru pindah ke Jabatan. Berubah angin kater orang. takkan nak terperuk kat tempat yg sama lamer2 kot..
So, start the story.. kat tempat baru aku ni, ader la sorang staff yang da agak berumor gak la. bayer2 mak aku. so, aku panggil dia kakak. sat lagi panggil dia makcik, kecik ati plak. biarlah aku gelar dia kak 'MJ'. Maser mula-mula aku masuk kejer, first impresion aku kat dia, aku tengok umak ai.. baik giler, cakap pun lembut n sopan ajer..pastu teramat peramah plak.. asik bercerita ajer walaupun aku tak penah tanyer.tp memandangkan aku ni budak baru, so terpaksa la dengar..untuk pengetahuan korang aku ni jenis tak banyak cakap pada orang yang aku tak kenal dan baru kenal. kalau dah kenal rapat lain plak citernyer.. ok, berbalik pada citer kak MJ ni, dalam seminggu aku masuk kejer aku da tau citer sumer pasal staff kat bahagian aku ni. tu pun kak MJ la yang citer.tp bukan la citer pasal yg baik2.banyak citer yg buruk2 jer pasal diorang. aku pun terasa pelik la gak dgn kak MJ ni.. betol ke dia ni.. pastu, aku try la usya2 pasal kak MJ ni kat sorang staf and sorang pegawai kat Bhg aku ni. Dari aper yg aku dapat tau, diorang tak kasik rapat sgt dgn kak MJ ni coz kak MJ ni depan kiter jer baik. tp belakang kiter jenis mengata kiter. bak orang kater, talam 2 muka. tapi yg ni bukan lagi 2 muka. dah berbelas2 muka gamaknyer.. biler da tau cenggitu, aku pun wat bodo jer la. n aku nak tengok betol ker aper yg diorang cakap kat aku tu..
Lepas dah 4 or 5 bulan aku kat sini.. aku mendapati kejer aku cam tak banyak sgt. dapat bos pun, baik sgt.. tak banyak cakap n tak banyak songeh.. tp, yg peliknyer.. kak MJ ni aku tengok sentiasa bz n asik jumper bos jer. sket2 jumper bos. cam dia plak yg jd PA. yerlah.. aku sebagai PA mestilah aku yg lagi rapat ngan bos.. ni da terbalik plak. nak jd kan citer, satu hari tu, aku dapat tau yg kak MJ ader book flight untuk bos aku yg mana aku tak tau menau pun pasal ni.. yer la kalau da book flight mesti nak pegi somewhere.. kenapa aku tak tau??? pastu aku tanyer la kat dia waran flight tu untuk saper dan nak pegi maner?? pastu dia jawab ni untuk bos nak gi kelantan. aku tanyer balik biler?? pastu dia jawab hari Isnin depan. aku jd lg pelik. kenapa dia yg buat. patutnyer tu kejer aku... pastu dia boleh cakap dengan sopan santunnya n tanpa rasa bersalahnyer.. "kalau sue nak belajar wat waran bitau akak eh.." hekelleh!! kepala hotak dia.. mcm aku ni baru 10 hari masuk kejer ngan gomen ni.. pada hal dah masuk 8 tahun dah.. aku tau la kejer2 tu.. yerlah, kat opis lamer aku boleh dikatakan tiap2 bulan aku wat benda tu.. aku bukan aper.. aku tak kisah pasal dia nak tolong aku wat kejer.. tp agak2 la beb.. nnt aper plak bos aku anggap aku. yer la.. tu kan kejer PA. naper plak orang lain yg buat.. pastu aku mengadulah kat sorang kawan baik aku ni..dah mengadu, dia boleh plak servey n cerita pasal aku n kak MJ ni kat opismate aku yg tak baper rapat ngan aku. da citer2.. opismate aku ni cakap yg kak MJ ni bitau aku tak nak buat kejer.. biler dengar cenggitu, kawan baik aku ni citer balik kat aku.. kurang ajar betol makcik ni.. boleh plak ngater aku belakang-belakang cenggitu. ni dah tabur fitnah namer nyer ni.. pastu aku tak puas hati lagi aku tanyer kat opismate aku yg lain. dan jawapan yg samer gak aku dapat..ruper2nyer dah kat satu bahagian dia citer.. geram giler aku.. raser cam nak bersemuka je dgn dia.. tp aku still lg bersikap profesional.. aku still sabar. n opismate aku yg lain pun tau perangai kak MJ ni camaner.. so, diorang suh aku buat dek jer.. sebab, opismate aku yg lain pun da penah kena cam aku malah lagi teruk.. aku cumer takut, yg dia akan citer yg bukan2 pasal aku kat bos aku tu.. yer lah, dia kan baik ngan bos.. bos da la bos baru tak tau perangai dia lagi.. kalau la dia citer, menurun la markah prestasi aku tahun ni...huhu...
So, kawan-kawan aku nak tanyer pendapat korang, aper yg aku patut buat untuk mengatasi konflik sperti ini?? nak suh aku bersemuka dengan kak MJ ni ker.. or camaner.. kalau aku bersemuka ngan dia takut plak nnt bermasam muka. aku taknak r camgitu.. aku ni kan budak baru kat sini..

Tuesday, February 3, 2009

Besday Balqis


Gambo ni maser besday my princess - 1st year. Kesian dia.. Patutnya for the 1st year kena celebrate besar sket. tapi x sempat la nak.. papa hang bz sangat.. so, terpaksa la celebrate kiter anak-beranak je. tu pun nasib baik family abg ipar aku ade datang. so, diaorg la yg tolong amek kan gambo.. Time tu aku masak spegeti jer utk jamu tetamu aku. yer la takkan nak makan kek semata-mata kot.. n maser sehari sebelum that day, kat opis sempat gak la aku g oder american cake chocolate lalu internet. tu pun takder tulis aper2 pun..

Kalau tengok lalu gambo, yg terlebih happy cam mama n papa dia jer.. si besday girl nyer dok melalak jer.. sedih ker, terharu ker aku pun tak tau la.. hehe... Insya'Allah, next year kita sambut beso sket dr yg ni yer sayang..

Posted by Picasa

Hari Wilayah

Ni maser Balqis umur 3 mth (Little bit cubby)


Hola!!!.. Hai everybody..!!!

Saper-saper yg duk or kojer kat Putrajaya or Kole di Lumpur aku nak ucap Selamat Hari Wilayah.. Cuti lagi.. besh nyer!!! Maser cuti 3 hari tu aku tak kemaner2 pun. juz duk umah.cumer maser hari Sabtu jer hubby aku bawak aku g makan kenduri kawan dia kat Ampang then terus g ICANO kat Damansara. Tak der gambo ler..

Aper yg aku nak citer kat sini, maser 1hb Februari 2009 lepas, aku dapat anak buah pertama dari family aku sendiri. Sonoknyer!!! Adik aku dah selamat bersalin baby girl n diberi namer Alisya Humaira binti Shahril. Hmm, tak sabo aku nak tengok muka dia.Mesti comel.. Aku ni cukup teruja bila dengar orang bersalin ker or orang mengandung ker.. Aku tak tau naper aku yg seronok terlebih..Mungkin disebabkan aku ni jenis penyayang n suker kat budak-budak kot.. Aper yg aku raser time tu aku mcm nak tambah anak time tu jugak.heheh.. dak aih!! maner boleh beb.. aku kena merancang. 3 tahun sekali.huhu, cakap jer 3 tahun sekali, ntah2 next month da pregnant. hehe.. kalau betol pun aku tak kisah sebenornya.. cumer kalau boleh la nak selang 3 tahun sorang.. amin... ee!!!! tak sabonyer nak balik kg!!!!!!!!!
Adios......