Friday, April 24, 2009

Gigitan Cinta

Tarikh : 24 April 2009 (Jumaat)
Tempat : Taska Z'Rin
Masa : Tengahari


Hola.. juz nak kongsi citer sedey..(kira sedey la bagi aku).. td tengahari aku g nursery lambat.. sebenornyer aku g celcom kajang utk tukar simcard aku. so, balik opis dalam kol 1.45 ptg then terus g nursery seperti biasa untuk g tengok anak dara aku tu ler.. sampai2 nursery cikgu-cikgu taska tu da panggil aku. biler g jumper, diorang terus mintak maap. aku ingatkan pasal aper.. korang tau pasal aper?? pasal anak aku da kena GIGIT!! memula aku tak perasan muka anak aku ada tanda gigitan cinta tu.. da dokong dia baru perasan. tu pun merengek2 jer dia.. kesian aku tengok. Time tu aku ok lagi.. yer lah, sebelum ni pun da ada 3 orang budak yg kena gigit gak.. korang tengok jer la bekas yg kena gigit tu..


Kesian kan.. merah n membengkak tempat kena gigit tu.. Nasib baik tak kena kat mata. Tapi, yg ni aku ok lagi. Yang aku raser nak meraung tu biler aku bukak baju anak aku sbb nak mandikan dia. Suddenly, ader 3 lagi bekas tmpat gigit kat belakang badan anak aku. cek-cek lg, tgk kat lengan belas atas pun ader gak siap luka lagi. kat peha pun ader n lastly maser aku balik umah cek lagi sekali kat pinggang pun ader.. ganas giler budak yg gigit tu.. spesis pirana ker haper?? sampai gigit anak aku cenggitu..sedey giler aku, raser nak menitik jer air mate aku bila kenangkan betapa siksanya dia menahan sakit masa kena gigit tu.. Ya Allah.. sedehnyer aku..ko tengok gambo kat bawah ni..

Kesian kat anak mama..

Aku tak tau nak marah kat saper.. nak marah kat budak tu.. namer pun budak..bukan dia tau aper-aper..nak marah kat cikgu dia, cikgu yg jg bilik tu baru jer benti keja..raser cam nak marah kat mak dia.. aper yg mak dia leh buat.. huhuhu.sekurang-kurangnyer mak dia leh mintak maap..

Maser balik umah, aku bitau la kat hubby aku, dia pun terkejut tengok bekas-bekas gigitan tu.. dia siap warning kat aku, soh cakap kat mak budak tu, kalau perkara camni jadik lagi kat anak dia or anak orang lain, hubby aku tak teragak-agak nak amek tindakan kat mak budak tu.. N aku harap, pihak taska cepat-cepat la cari alternatif lain utk elakkan perkara camni berlaku lagik.. Kesian kat mangsa-mangsa gigitan cinta ni.. sakit oo.. budak tu bukannya gigit main-main.. gigit betul-betul tu.. sampai luka-luka lagi..

Ish.. kesiannyer...

Posted by Picasa

Wednesday, April 22, 2009

First Award

Horeeee!!!! first time dapat award.. tq so much lynn...

Nak gak kasik award ni kat Izan. blog dia n tuan punyer blog pun cute sgt...

3rd Tag Dari Ross

Yeye.. dapat tag lagi. kali ni dari Ross plak.. tq Ross..jom layan..



Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah anda guna sekarang


bagitau naper anda suka wallpaper anda?
naper aku suker wallpaper aku skrg ni, sbb wallpaper ni aku raser cantik pada pandangan aku..kat wallpaper ni ader gambo aku, hubby n my doter. sumer gambo ahli dalam family kecik aku ni ader..tu sumer orang2 yg aku sayang n cinta utk selamanya.. lagi satu, gambo ni gak yg aku guna dalam blog aku..

Sape yang kena tag seterusnya?

Taknak tag saper2 coz sumer da dapat tag ni..huhu..

2nd Tag

Hola!! ha, semalam aku dapat tag yg ke 2 dari lynn. Sorry lynn, lambat jawab. smlm kemalasan melanda.. hari ni hari rajin sket. so, blh buat.. jom bacer!!!

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog "Zulyanie's Story".. N kenapa pilih nama tu sebab aku suka nama ni.

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://zulyanie.blogspot.com/
Actually, zulyanie tu nama tak rasmi utk little family aku. Lagipun Zul adlh nama hubby aku n yanie nama aku so aku gabungkan nama kami berdua lambang cinta aku dan dia..hehe.. boleh gitu..

3)Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Method penulisah blog ni adlh tentang kisah suka duka kehidupan aku, my hubby n also my little princess.Kekadang aku juga citer-citer yg tak berkenaan. Ikut apa yg terlintas kat kepala otak aku ni..

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Tak pernah terpikir lagi nak wat cenggitu.. sebab aku baru jer berjinak-jinak dgn menulis blog ni..raser sonok..

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
lynn nyer blog ni, aku bukak tiap-tiap hari kalau ada kelapangan waktu la.. suka baca dia nyer citer. citer pasal umah dia, pasal idup dia n suka tengok gambo-gambo yg dia upload..

Monday, April 20, 2009

Gambo Kawen Pengantin Lama

Tarikh : 10 & 11 November 2006
Tempat : Kg. Sg. Bagan, Rengit, Batu Pahat, Johor

Hola!!!.. Actually takder citer menarik pun yg aku nak citer.. cumer hari tu hubby aku ada bawak balik pendrive dari Kedah. dia suh aku bukak n tengok.. korang teka ape benda yg dia nak tunjuk.. hehe, ghuper2nyer, gambo-gambo kawen aku maser dolu2.. baru aku teringat, gambo tu dulu aku simpan dalam komputer adik ipar aku n aku terus terlupa nak save semula dalam komputer aku. nasib baik hubby aku ader jumper gambo-gambo ni..gambo ni maser kenduri kat umah aku kat batu pahat. gambo yg kat kedah nak kena scan dulu la.. nengok r kalau aku rajin, aku numpang scan kat tempat lynn.. boleh yer lynn??..sajer nak syer kat korang. jom layanzz!!!...
Ni gambor pelamin.. nengok gambo pelamin ni cam raser nak bersanding lagik plak. hehe..
Tema kaler ijau..
Ni lak gambo bilik pengantin. Putih suci.. Suka aku tengok.
Ni maser hari Nikah.
Maser serah duit mas kawen. Aku nikah kat masjid kg aku..
Aku nikah pada 10 November 2006.
Ni maser Malam Berinai.
Gambo merenjis n bertepung tawar takder plak aku jumper dalam folder yg hubby aku amek. Ada dalam album kot..
Ni pun maser Malam Berinai.
Tukar baju 2 kali. Yg baju kaler gold tu, baju mak andam. Yg ni plak baju aku sendiri.
Hari Persandingan pada 11 November 2006.
Ni gambo bersama-sama my luvly parent n adik-beradik aku.
Ni lak ngan adik-beradik aku jer.. Skrg ni adik-beradik pompuan aku tinggal sorang jer lagi yg tak kawen lagi. Yg belah kiri sekali tu.. Adik lelaki kecik-kecik lagi. Tu la peneman mak bapak aku kat kg sekarang ni..
Ni bersama-samer kedua ibubapa mertuaku..
Ni adik-beradik belah family hubby aku. Ni pun ada yg tak datang, Kakak n adik ipar aku. masing-masing tengah peksa. tu yg tak dapat nak datang. Yg budak kecik 2 orang tu anak-anak kakak ipar aku. Kira sekarang ni anak sedara aku la..
Ni sepupu sepapat belah aku.. ni pun tak sumer bergambo.. hari tu sumer ijau.
Hidup Hijau!! Actually, kaler ijau bukanlah my faveret colour pun. tapi tak tau naper aku pilih kaler tu jd kaler tema. Nampak kaler ni lawa kan??
N the last but not least, ni maser tukar-tukar baju. Aku bergambo sorang coz time aku belum nikah lagi. so, tak boleh gambo berdua.. hehe, sian kat hubby aku. jeles sey mamat tu.. Aku tukar 4 baju jer.. bajet ciput, nak wat camaner.. sekurang-kurangnyer meraser gak aku jadi model tak bertauliah ni..
Ha.. ni la setakat gambo yg ada pun.. nak tengok lagi, gi kat facebook aku. kat situ banyak lagi gambo. takpun, datang la umah tengok album.. hehee.. tata titi tutu... Sekian

Thursday, April 16, 2009

Adjust Entry Ni Ketengah Sikit

Nak tanyer sket.. Ader tak sesaper tau camaner nak adjust entry ni ketengah sket.. supaya senang nak baca n nampak balance kiri dan kanan.. Kalau ada sesaper tau, tolong bitau yer... Almaklumlah, sayer ni budak baru belajo.. kalau salah tolong tunjukkan..

Dapat Tag Dari Izan

Hola!! Adoaii.. pg2 lg aku da dapat tag dr Izan (PA Bhg. POP). Anyway, thanks to u zan sbb yg ni first time saya dapat tag dr orang tau.. hehe.. almaklumlah, sayer kan baru berjinak2 nak jd pemblogger tegar. Lepas ni jgn segan silu la nak tag sayer lagi..
4 names that friends call U:
  • Sue - Nama ni, Family Mertua n Opismate kat DCA yg panggil. aku suker namer ni coz biler sebut raser cam lembut jer..
  • Siti - Nama ni lak Opismate kat opis lama (KBS) yg panggil n ader gak beberapa kengkawan tegar aku yg panggil.
  • Yan - Ni nama glamor aku kat kg. family, sedara mara n kengkawan kat sekolah aku je yg panggil nama ni.
  • Mama - Udah tentuler my hubby n lil. Balqis yg panggil nama cenggini..

4 most important dates in your life:

  • 8 Ogos - Besday aku
  • 26 Mas - Besday hubby
  • 19 Ogos - Besday lil.balqis
  • 10 November - Tarikh aku diijabkabulkan

4 things you've done in the last 30 minutes:

  • Hantar lil.balqis g nursery. hehe, cam biaser menangis-nangis biler ditinggalkan. Berlakon jer tu. Jap lg sonyap la tu biler tengok tv.
  • Hantar mr.hubby g opis dia kat Shah Alam. Jauh tu.. Ari ni dia tak bawak keta dia coz nak bawak balik motor dia yg ditinggalkan selama beberapa hari diopis dia.
  • Masuk opis. Ni pun masuk lewat sket. Bukan selalu aku wat cenggini tau..biler terdesak jer..
  • Tengok surat-surat masuk.. Cam biaserlah.. ni adalah salah satu antara tugas-tugas aku..

4 ways to be happy:

  • Biler dapat kawen ngan hubby aku yg tercinta ni - woo.. banyak dugaan tau maser kami bercintan-cintun dulu.. mendapat tentangan dr keluarga aku.. akhirnyer, dengan berkat kesabaran impian tercapat jua..
  • Biler hubby bawak g jenjalan - tak kisah la gemaner pun. walau pun juz pusing-pusing kat masjid putrajaya. janji dapat jalan..
  • Biler tengok lil. balqis ketawa - tenang n happy jer biler tengok senyuman n gelak ketawa balqis..
  • Biler aku dapat aper yg aku idam-idamkan - sengeh sampai ke telinga biler aku dapat barang yg aku idam-idamkan sebelum ni..

4 gifts you would like to receive:

  • kasut wages kat Vincci - Semalam aku ader tertengok.. alamak, cun giler..ini harus ku beritahu pada papa balqis. kot-kot dia nak belikan..
  • rantai tangan - yg ni dari dulu lg mmg aku pasang niat nak dapatkan.. kalau papa balqis, tak dapat belikan, takper r aku beli sendiri..kena kumpul duit dulu ni..
  • jam guess - ni dari zaman anak dara lg tak dapat-dapat..
  • oven wat kuih or kek - aku ada usulkan permintaan ni kat papa balqis. tp, dia cakap tunggu aku pandai wat kuih dulu baru boleh beli. camaner nak buat kalau benda ni takder?? nak bakar pakai aper?? pakai dapur arang??

4 of your favourite hobbies:

  • Baca Novel - Dah lamer aku tak wat hobi ni.. lamer tak beli novel baru. naper ntah??raser cam malas plak..
  • jenjalan - kemaner-maner pun tak kisah..janji aku dapat jalan n luaskan pandangan mata aku ni..
  • karaoke - hehe,aku ni kaki melalak.. kekadang tu, dengan mak aku sekali aku bawak masuk g karaoke teman aku nyanyi..nasib baik dapat hubby pun kaki karaoke..
  • tido - ni la hobby aku yg paling besh.. kalau hubby aku kena outstation or kena kejer biler ujung minggu, aku tido la..tupun kalau tak dapat jalan..

4 places you want to go for vacation:

  • Cameron Highland - Aku nak g coz aku blom pernah lg pergi sini. Asik dengar citer orang jer..Nak gak raser sendiri pengalaman kat sini.
  • Kota Kinabalu - Actually aku da pernah g sini. Cume my hubby jer tak pernah pegi lg. So, kalau ada duit lebih aku nak bawah la my luvly hubby tu jenjalan kat sini.
  • Jakarta - Nak jenjalan kat sini memandangkan abg ipar aku ada kat sini. boleh dia jd tourist guide bwk kitorang ronda kat sini.
  • Disneyland - biler la agaknyer impian aku nak ke sini tercapai ek???

4 things always found in your bag:

  • Beg duit - Kalau tak da benda penting ni susah.. (ada ic/lesen memandu)
  • Handphone - Ni pun kalau takda susah gak.
  • liptstik & bedak compact - biaserla perempuan. mesti la kena touch up selalu..
  • Buku Bank - Ceh.. mcm banyak sgt jer duit..tapi berguna gak kot-kot kad atm takleh guna.

4 u love so much:

  • Zulhelmi Abdul Halim
  • Balqis Batrisyia bt. Zulhelmi
  • Md. Saleh bin Lidek
  • Siti Raya bt. Bachok

4 things 'special' for you:

  • Of course my family. Never forget them..
  • Gelang nikah - Tanda yg aku ni dah ada family sendiri
  • Suprise besday party or weeding anniversary
  • Harta-harta yg aku beli dgn duit aku sendiri especially my car

4 who you would like to answer this survey:

  • Ros
  • Lynn
  • Kak Yus
  • (dah.. cukup 3 orang jer. Tak tau nak tag saper lg..)

Wednesday, April 15, 2009

Mak Teh Dah Start Kejer..

Hola.. dah seminggu aku tak update blog aku ni.. Ari ni aku nak citer yg adik aku Si Umi atau Mak Teh da dapat kejer kat DCA as a PKS (Pegawai Khidmat Singkat). Hari ni start lapor diri. Semalam dapat tau jawapan dari DCA. Hari Kelmarin datang interview.. Aku plak yg terlebih heppy.. yer la walaupun tak permenant, juz untuk 6 bulan sekurang-kurangnyer dia dapat pengalaman kejer ngan gomen ni ha.. Sebelum ni.. dia kejer kat Taska Z'Rin sebagai pengasuh.. tapi kejer cukup2 seminggu jer.. pastu dapat kat DCA. Alhamdulillah, rezeki dia.. Daripada duk melepak kat kg jer (mengabehkan boreh jo) baik la carik kejer kan.. Actually, dia ni baru abis belajar kat IKBN.
Untuk kejer PKS ni, setiap hari kejer juz 5 jam jer.. dari kol 8 pg - 1 ptg. pastu sambung plak part time kat nursery.. Ish.. betol-betol wat duit minah ni.. kumpul duit nak kawen kot.. almaklumlah.. dalam adik-beradik perempuan aku, tinggal dia jer lagi yg tak kawen.. hehe, what ever.. janji ko bahagia.. Key, setakat ni jer citer utk hari ini..

Monday, April 6, 2009

Aktiviti di Hari Sabtu

Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)
Tempat : Pudu Raya & Metro Point, Kajang
Masa : 11.00 pg - 4.30 ptg
Hola everybody!!! juz nak citer aktiviti aku masa hari Sabtu baru-baru ni.. Tak menarik pun tempat yg aku pegi ni.. juz nak share ngan korang jer.. Pagi tu aku nak kena hantar adik aku ke Pudu Raya coz dia nak balik kg. (maner lagi batu pahat ler..).
So, kol 11.00 pg kitorang pun gerak la ker KL. lalu highway Putrajaya-KL. memula memang la tak jem.. tp, masuk area kl jer da start jem.. dorang ni tak reti duk dendiam rehat kat umah ker.. hari cuti pun nak menyebok atas jalan..hehe, cam la aku ni tak menyebok..
Bajet nak amek bas kol 12.30 tghr. So, sampai pudu sempatlah before 12.30 pm. cari-carik bas, dapat bas kol 1.30 pm plak.. so, amek jerlah terus. sementara nak menunggu bas tu, kitorang pun pegi la isi perut dulu.. kat mana lagi, kat KFC la..lamer tak makan KFC. asik makan McD jer.. so, jom layan gambar kat bawah ni..


Qisqis dengan riangnyer makan kat KFC. Sebenornyer dia tu baru bangun tido.. ngamuk dalam kereta tadi nak nenen.. last-last tertido sendiri. sampai KFC pandai plak bangun.. Kitorang tak makan banyak pun. juz amek set ayam 2 ketul ngan chezzy wedges jer.. tu pun tak abis makan..
Dah abis makan, tengok da kol 1.15pm. so, apa lagi, terus la g pudu raya kat seberang jalan jer..


Ni la bas yg adik aku kena naik kalau nak ke Batu Pahat or Pontian. Bas ni banyak berjasa ngan aku. Dulu masa zaman-zaman bujang, bas ni la tiap-tiap 2 minggu sekali yang aku kena naik kalau nak balik kg. atas bas jer 5 jam baru sampai kat kg aku..almaklumlah.. kg ceruk.. sempatlah tido n bangun 2, 3 kali baru sampai.. hehe..

Mama n Qisqis sempat posing..
Selepas adik aku da selamat naik bas, kami berdua anak beranak pun nak balik.. tp, dalam kepala, still lagi nak jalan. so, dengan alasan nak tukar simcard hp, aku terus la ke Kedai Celcom kat Kajang.. ceh!! sampai saner kedai tutup la plak.. hari Sabtu la katekan.. Hehe, tengok kedai tutup, aku tak terus balik. tukar agenda lain plak.. aku terus g Metro Point, Kajang.. dengan niat, nak jalan-jalan jerlah..
Sampai saner jer.. tengok ader sale lagi la plak.. terus g cari mesen ATM tuk kuar duit.. hehe, dalam beg duit tinggal 5 hinggit jer.. maner cukup..kot-kot nak terbeli barang ker nnt.. almaklumlah pompuan. maner boleh dipisahkan dengan meng'shopping'..
Tengah aku sibuk-sibuk memilih baju Balqis kat tengah-tengah hall Metro Point ni, tiba-tiba aku didatangi oleh seorang Mamat India ni. aku rasa dia ni promoter kat Metro Point ni kot.. Siap bawak microfont lagi. Sibuk nak temuramah aku n nak tanya soalan. kalau aku dapat jawab soalan tu, aku dapat hadiah.. So, dengan kepala yg ringan aku pun mengangguk la tanda setuju untuk ditanya soalan. Soalan nyer senang jer.. dia tanyer nama satu kedai kat Metro Point ni. aku luper la aper nama kedai tu.. dia tanyer kedai tu jual aper.. Dia siap tunjuk lg kedai tu kat Tkt. 1. So, bile aku tengok jer kedai tu.. terus aku cakap, tu kan salon kecantikan.. hehe, terus dia ngangguk..then cakap betol. Aku aper lagi, sonok sketla.. yerlah first time aku kena terjah n jawab soalan. pastu jawapan betol plak tu.. bangga la kejap.. pastu, dia suh aku amek hadiah kat kaunter depan dia.. so, aku dengan raser bangga, pergilah amek.. hadiah nyer korang nak tau aper?? hehe.. BAUCER RM5.00 makan kat SECRET RECEPY.. hehe.. ok la tu.. aku pun aper lg, terus la dokong Balqis then masuk kat Restoran Secret Recepy tu.. jom layan gambar kat bawah ni...


Menang baucer juz RM5.00 jer.. Tapi oder makan harga sumer dekat RM20.00..
Aku oder Kek Chocolate Strawberry, Ice Blended Chocolate Wif Cream n Mushroom Soup.

Yummy.. sedapnyer Qisqis makan kek..
Biler perut da kenyang, aku sambung lagi menyopping.. aku g Kedai Precious Love (Kedai baju budak-budak).. Aku memang suka g kedai ni.. baju-baju dia boleh tahan lawa la.. harga pun quite murah dari internet.. so, aku pun rembat la 1 helai baju untuk Balqis.. dah lepas bayar, aku sambung lg jenjalan then nampak booth jual beg kecik-kecik.. memandangkan beg aku da buruk, so, aku ingat nak tukar la yg baru.. so, korang tengok jer la gambo barang-barang yg aku beli kat Metro Point ni..
Beg Mickey Mouse yg comel n Baju Balqis. Cantek tak??

Dah selesai membeli, ingat nak balik la.. tengah-tengah on d way nak kuar dari Metro Point tu, tiba-tiba Balqis dok tunjuk something n cakap "nak..nak.." apebenda lagi la yg dia nampak tu.. rupernyer sibuk nak naik binatang yg gerak-gerak ni..

Bila dah puaskan hati Balqis, kitorang pun balik la ke rumah... sampai umah dalam kol 4.30 ptg.. penatnyer!! Pastu dok memikir plak, aper program untuk esok hari.. hehe, kalau da kaki jalan, kojernyer asik nak merayap jerlah walaupun hubby takder.. tpi, yg penting, hubby ku tau kemana sekalipun aku pergi.. sayang my hubby..

Friday, April 3, 2009

Jalan-jalan ke Alamanda

Tarikh : 02.04.2009 (Khamis)
Tempat : Alamanda, Putrajaya
Masa : Lepas balik kejer

Hola!!! bertemu lagi untuk hari ini. Juz nak citer kat korang, semalam petang lepas balik kejer aku bawak adik n my princess jenjalan kat alamanda. Actually, kitorang nak g makan jer. Almaklumlah.. hubby takder, so malaslah nak masak. makan luar jer kejernyer..
Sesampai jer kat alamanda, Qisqis terus nampak kereta goyang-goyang, aper lagi.. biler dia dah menunjuk sambil cakap "nak..nak.." so, ikutkan jerlah kemahuan dia.. korang tengok jer la gambo kat bawah ni..
Macam terror sangat jer bawak keta tu..

Lepas da bawak naik keta goyang-goyang tu, perut adik aku da mula berbunyi.. so, tu tandanyer makan time.. kitorang g makan kat McD jer.. jom layan gambar..


Ni la menu kitorang malam tadi. Aku makan medium set McChicken, adik aku lak makan Large Poridge wif Spicy Fried Chicken n Qisqis juz makan Small Poridge.


Kat belah atas tu la adik aku yg no. 4. satu-satunyer pompuan yang tak kawen lagi. Qisqis panggil dia Mak Teh. Namer sebonar Umi Kalsom.. hehe.. cam promote adik plak..


Tengok la gelagat Qisqis.. tak boleh dok dendiam..

Lepas selesai makan, kitorang nak gi shoping jap.. niatnyer adik aku nak carik kasut.. tapi yang beli kasut kakak dia plak.. actually bukan kasut. tapi sandel. korang tengok la gambo sandel nyer.. lawa tak??



Lepas da beli kasut, nampak plak kedai jual tudung. pastu nampak ader jual Shawl. ala... trend orang zaman sekarang pakai. so, kami berdua pun membeli sorang selai.. opss, takder gambo la.. luper lak nak snap malam tdi.

Dah lepas membeli belah, tiba-tiba raser nak nyanyi plak.. so, kitorang pun apalagi, pegilah pusat karaoke plak.. aku nak beli 15 lagu jer.. tapi budak casher tu suh beli nak 16 lagu plak. dia cakap senang nak kira.. aku pun malas nak panjang citer, beli la 16 lagu.. ha!! nyanyi la ko sampai lebam.. korang tengok jerlah gambo kat bawah ni... kalau korang nak tau, menyanyi adalah salah satu hobby aku.. walaupun suare tak sedap, yg penting aku dapat nyanyi n boleh release tension..

Biler da selesai nyanyi 16 buah lagu tu.. kitorang pun balik la.. takkan nak duk situ tolong pak guard tutup alamanda plak kot.. hehe.. yg penting malam td, aku happy.. Sampai umah dalam kol 9.30 mlm.. ish lewat gak tu.. tapi takper.. bukan slalu.

Sekian, citer aku untuk hari ini... sambung lak lain hari eh...

Wednesday, April 1, 2009

Majlis Cukur Jambul Baby Mairah

Tempat : Umah kat Kg. Sg. Bagan Rengit, Batu Pahat
Tarikh : 26 Mac 2009 (Khamis)
Masa : 2.00 ptg

Sehari sebelum Majlis Nikah adik aku yg no. 3, mak aku buat sekali Majlis Aqiqah dan Potong Jambul untuk anak sedara aku (anak adik aku yg no. 2). Takmo citer panjang-panjang, layan jer gambo-gambo kat bawah ni..


Ni la adik aku yg No. 2 (Nor Aishah) bersama baby girl nyer - Alisyah Humairah


Ni lak gambar Qisqis wif baby Mairah. beza umur 1 tahun 5 bulan. Harap-harap dia sayang kat sepupu dia ni..

Kumpulan Yaasin membacakan Yaasin sebelum Acara Cukur Jambul


Ni makanan yg dihidang untuk mak bapak n baby. Wat syarat. bukan diorang makan pun.. Ni ikut adat orang Bugis..

Cirit-birit n Muntah-muntah

Salam...
Hola sumer-sumer!!! Hmm, lamernyer tak masuk opis. setelah 11 hari bercuti (termasuk sabtu dan ahad tau) baru hari ni kembali ke opis.. raser malas plak nak wat kejer.. nasib baik kejer tak banyak.. timer kasih la kat kengkawan yang tolong mengcover kejer ku ini..

Untuk pengentahuan korang sumer.. minggu lepas aku mengalami penyakit cirit-birit dan muntah-muntah yang kronik skali. 4 hari aku tak boleh bangun, makan n minum. tapi memandangkan aku ader anak, so aku gagahkan jugak bangun untuk pergi klinik n hantar anak aku ke nursery. so, boleh la aku berehat sket. hubby aku plak outstation kat perak. punca aku dapat penyakit tu dari kenduri umah cikgu nursery kat tempat anak aku. oleh kerana aku dah dapat kad jemputan so, aku pun pegi la kenduri tu dengan kawan aku lagi sorang 'Ross' n her family. bila balik ok lagi. tp, bila tengah malam menjelma, mula la perut aku meragam n terasa sakit sangat macam rasa nak bersalin lagaknyer. pehh!! hanya tuhan jer la yang tau sakitnya camaner.. pastu, kejernyer asik masuk toilet sampai habis tenaga. besok paginyer aku gagahkan diri g anto anak ke nursery then g klinik..g klinik swasta jer.. nak g klinik kerajaan, tak larat nak tunggu lamer-lamer.. nak nak plak ari tu hari isnin. balik klinik, aku sambung rehat n tido. yerlah.. malam tu maner tido coz menahan sakit..biler ptang sket, aku cuba la bangun n wat kejer sket2 untuk hilangkan raser mual n sakit perut. bile da ok sket, aku g la amek anak aku kat nursery. kesian kat dia. mesti lapar nenen.. yerlah, aku tak pernah lagi tak kasik nenen kat dia tiap2 tengahari. tapi hari tu terpaksa la ter'miss'. mama dia tak sihat.. lepas amik dia, aku amik plak adik aku kat hentian rehat serdang. adik aku datang nak amik aku balik kg.

Maser aku g amik adik aku, aku memang da tak larat. kepala aku da berat giler2 n perut aku da meragam semula.. tapi aku tahan.. biler adik aku sampai jer terus aku balik umah n tak sempat nak bawak dia g makan. kesian kat adik aku.sampai umah jer aku terus melepek baring..biler malam jer aku start muntah2. anak aku si balqis tu pun da start cirit birit gak. yer la dia susu badan, so, secara tak langsung terkena gak la penangan cirit birit ni. kesian kat dia. biler malam, aku n anak aku tak leh tido. yerlah, masing-masing sakit perut. anak aku tu sikit-sikit berak..kesian giler aku tengok dia. sampai jd lembek.so, besok pagi, aku sambung MC. Aku pergi klinik semalam. kali ni cek anak aku plak.. bile da dapat MC aku g makan jap isi perut. yerlah dari semalam takder isi perut. tu pun, aku paksa sumbat coz selera mmg da takder langsung.lepas makan balik umah sambung muntah-muntah..perut aku da tak boleh terima apa yg aku makan n minum. aku jadik lagi lembik.makan ubat yg doktor bagi pun tak baik gak.. dalam tengahari tu, aku gagahkan diri balik kg kat batu pahat. nasib baik adik aku ader. dia yg tolong kemaskan baju n rumah yg tgh bersepah giler.. maser on d way back tu pun, dia yg drive. almaklumlah.. baru dapat lesen. tu yg sanggup drive dri putrajaya ke batu pahat..org cakap, tengah giler stereng..hehe... aku gerak dari umah kol 2 petang n sampai umah kat batu pahat dalam kol 5.30 ptg.

Sampai-sampai umah jer aku pun melepek baring. pastu sambung muntah-muntah n cirit birit. pastu kena demam plak.anak aku pun camtu gak.. da la kurus. jd makin kurus. mak aku da naik riso tengok keadaan anak n cucu dia.dia ajak g klinik tp aku taknak. yerlah, pg nyer baru jer g klinik. besok nyer baru g klinik smula untuk sambung MC. da 3 kali ke klinik. tpi sakitnyer tak kebah-kebah gak.. makin teruk adalah.. biler malam muntah-muntah aku makin menjadi-jadik. air dalam badan semakin berkurangan. dalam kol 9 mlm tu, mak aku suh pegi spital.nasik baik adik ipar aku ader ikut skali. memandangkan dia kejer kat spital bp ni, so dia la yg uruskan segala-galanya. akhirnya aku ditahan di wad sementara untuk dimasukkan air. biler da siap masuk air 1 botol, dalam kol 3 pg aku pun da dibenarkan balik.

alhamdulillah, besoknya badan aku semakin segar n cirit-birit n muntah-muntah pun semakin berkurangan. hinggalah ke hari ini aku semakin sihat dan anak aku pun camtu jugak.

Ini la pengalaman pertama aku bila kena cirit-birit. cukup la sekali aku kena camni..aku tak tahan beb..mmg lembik giler. Tengok jerlah gambar kat bawah ni.. kesian kat Qisqis..