Thursday, June 25, 2009

Hari APC

Hola.. Hari ni aku sungguh teruja.. bukan kerana aku dapat APC tp disebabkan group KOIR DCA telah mendapat pujian dan komen yg positif dari audience.. huhu.. raser berbaloi segala latihan yg dibuat sebelum hari ni.. Aku raser puas.. da lama aku tak raser sepuas hari ni biler menyanyi..hehe.. (aku ni kan kaki nyanyi/karaoke).. cumer first song je tadi (lagu Negaraku) ada spoilt sket coz muzik slow.. tpi, tu tak melemahkan semangat kami sumer.. aper2pun gud job diucapkan pada geng2 koir yg lain.. dan pada penerima-penerima APC, aku ucapkan tahniah.. biler la turn aku plak yek... Gambo aku takda snap satu pun.. so, tak leh nak layan gambo.. korang bacer je la yer...

Wednesday, June 24, 2009

Jenama Susu Yang HARAM..

Hola.. aku baru jer dapat info ni dari email aku.. tp, tak tau la samada ia betul ke tidak.. juz nak share ngan korang sumer..

Peringatan: Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh Dan solehah..
Susu similac in adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
1) Isomil2) gain3) gain plus4) grow5) pediasure6) ensure
Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.
*SIMILAC*.
Sorry terpaksa info pasal benda in untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam Malaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.Susu in pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu TU pun dah dikategorikan tak HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.
Inform kawan2 ok!..

Motor Baru

Hola!! Entry mr. hubby lagi.. korang jgn borring plak yer.. akceli nak citer hubby aku baru jer tukar motor baru.. moto lame di trade-in n amek moto yg ni plak.. moto ni kira laju sket la dr moto lamer..tapi bukan untuk merempit tau.. hubby aku guna untuk gi kejer kat shah alam nuu.. kalau naik keta susah sket. nak kena redah jem la, duit tol lg, n duit minyak. guna moto pun kena pakai minyak gak kan.. tp, tak la sebanyak minyak keta.. so, leh jimat kat situ.. Lepas da ada moto baru ni, rajin plak hubby aku bawak g jenjalan round putrajaya ni..almaklumlah, nak cuba try test motor baru.. what everlah.. yg penting hubby aku gembira.. Sekian..

Monday, June 22, 2009

Memancing

Hola sumer.. oleh kerana dunia sedang meraikan Hari Bapa.. so, entry aku kali ni berkisarkan serba sedikit ttg my luvly hubby ni..Actually nak citer salah satu hobby mr.hubby..
Hubby aku ni ada banyak gak la hobby.. diantaranya memancing, mekap n racing kereta, memasak dan juga bercakap.. yg aku nak citer adlh tentang memancing.. kalau korang nak tau, hubby aku ni cukup hulk-core (giler) bab mancing-mancing ni.. tak kiralah mancing laut dalam ker cetek ker or kolam berbayar.. tp, lepas dapat kerja ngan PDRM ni, agak jarang la nengok dia nak mengabehkan masa ngan batang mancing dia tu..kalau dulu, toksah cakap la.. sampai nak g dating pun, g dating kat kolam ikan berbayar tu ha.. ajak mancing sekali.. hahaha.. ader ke patut..kalau dapat ikan takper gak.. ni tak dapat menda pun..last sekali dapat gaduh..ikan tak dapat, makwe pun merajuk..(aku la tu makwernyer..) kesian..
Sekarang ni, kalau dia nak lepas gian mancing, dia terpaksa amek cuti panjang ataupun bila dapat kerja yg melibatkan pengawasan area laut baru la dapat merasa mancing.. baru-baru ni.. hubby aku ditugaskan untuk membuat pengawasan di kawasan rumah api yang dipanggil 'Fathom Bank' di Pelabuhan Klang.. aper yg hubby aku citer, tmpat dia jauh daripada daratan.. lebih kurang 30 batu nautika.. so, di kesempatan yg ada ni, dia tak melepaskan kesempatan yg ada untuk memancing la..beberapa hari sebelum keluar kawasan tu, dia da prepare set mancing dia.. bersemangat sungguh..

Ni la rumah api yg dipanggil 'Fathom Bank' tu.. kat area sini banyak giler ikan..
Ni la hasil yg hubby aku dapat.. nama ikan ni, ikan 'baracudda'.. (ntah ye ke tidak dia yg dapat ikan ni.. ntah2 numpang glamor jer..hehhe.. mintak sorry yer pa..just kidding). ikan lain pun dapat gak.. tapi tak sebeso ni la.. banyak ikan kecik2 jer.. tengok muka hubby masa balik umah, cam dia puas hati n happy.. bila tengok dia happy, aku pun numpang happy gak.. yg aku tak happy, bile nengok dia bertambah golap yo.. sket lgi nak macam 'kap lam ya nga' huhu... mintak ampun sekali lagi papa...jangan marah ye pa... walau gelap camaner pun papa, kau tetap nombor 1 dihati ku dan juga kekasih gelapku..hahaha...

Father's Day

Happy Father's Day Papa...
Terima kasih sebab jd papa yg baik dan sempurna wat keluarga kita.. U are d best papa in the world.. luv u so much papa!!!!
Wat abah n abah mertuaku yg amat kusayangi.. jasamu dan segala pengorbananmu dalam menjaga, mendidik dan membesarkanku tanpa mengira penat lelah, amat2 aku hargai dan sanjungi..tiada kata-kata yang dapat digambarkan atas segala pengorbananmu dan titik peluhmu abah!!!.. terima kasih abah..
N tak luper gak wat papa, ayah, daddy, abah, abhi dan juga bakal-bakal bapa..
happy father's day to all of you...

Friday, June 19, 2009

Home Sweet Home

Syukur Alhamdulillah.. permohonan aku n hubby selama ni utk wat loan umah akhirnya diluluskan... gumbiranya rasa hati, akhirnya aper yg aku n hubby impikan selama ni bakal menjadi kenyataan. insyaallah...Harap2 lepas ni segala urusan berkaitan dgn my dream home ni akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. amin...

Thursday, June 18, 2009

Klinik

Tarikh : 16 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 2.15 ptg
Tempat : Klinik Putrajaya

Hola everybody!!! Seperti mana tajuk entry kali ni, aku nak citer pasal aku g klinik semalam.. untuk bulan ni sajer, dah 3 kali aku ke klinik..hehe..almaklumlah.. kalau anak or omak eh tak sihat, kenalah carik klinik..
Key, berbalik pada citer, actually aku g bawak Qisqis semalam.. dia takder r sakit kronik aper2 pun, cumer kat badan dia ada naik ruam n bintik2 kecil warna merah jer.. aku pun risau gak r.. takut penyakit berjangkit lak..sebelum ni takder la plak kena camtu.. so, aku bawak ler ke klinik sbb bintik2 tu makin banyak naik.. lagipun kulit qisqis ni bermasalah sket.. kulit dia jenis dry skin.. so, lepas mandi jer mesti kering n nampak cam bersisik n kasar.. so, check sekali la..
korang tengok jer la gambo2 kat bawah ni..start kitorang sampai klinik untill sampai dapat ubat.. masuk klinik kol 2.15 ptg, n abis urusan kol 4.30 ptg.. lamer giler, sampai naik ngantuk aku menunggu..sib baik Qisqis tak meragam.. bapok eh takleh teman plak. so, kami berdua je la yg pergi.. jom layan gambo..
Ni la muka pesakit yg tengah tunggu giliran..Nasib baik tak meragam.. Pah ni leh bawak g jenjalan lg yer sayang..
Memula kena g kaunter pendaftaran lepas amek nombor..

Ni la nombor yg kitorang dapat..

Giliran kitorang lg 13 orang.. kat sini cepat jer da sampai turn kitrorang..Lepas tu kena g kaunter triage plak.. luper plak nak snap gambo maser kat kaunter triage ni..

Nurse kat kaunter triage ni terus suh kitorang g jumper doktor kat bilik no. 16..

Maser kat sini la, maser kitorang banyak terbuang. lamer giler menunggu.. Qisqis sempat la 3 kali keluar masuk bilik nenen.. sempat gak berlari ke sana ke sini then mengacau anak orang..aku sampai naik ngantuk menunggu.

Biler jumper doktor, dia cakap Qisqis ni kena alahan.. tp, aku tak tau la plak alah dgn aper?? doktor tak cakap pun.. pas tu dia dok belek kulit Qisqis yang kering tu.. dah cek-cek bagai, terus dia suh aku amek ubat.. jumper doktor nyer kojap jo, menunggu nyer jer yg lamer.. biasalah, adat kat klinik kerajaan. kalau nak cepat g la klinik swasta ye dak??? sendiri mau ingat la..

Dan inilah hasilnyer.. ubat-ubatan yg telah diberi oleh klinik ini secara percuma..alhamdulillah.. yg botol besar tu, sabun mandi merangkap losyen untuk kulit Qisqis yg kering.. n bekas yg kecik tu, untuk di sapu kat atas bintik2 merah kat badan Qisqis..hopefully lepas guna ubat ni, penyakit qisqis pun sembuhlah.. amin..

Friday, June 12, 2009

Majlis Pertunangan Adik Iparku

Tarikh : 5 Jun 2009
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Alor Star, Kedah
Khamis lepas aku balik kg (Kedah).. Tupun setelah beberapa bulan tak balik.. balik ni pun sebab ada kenduri majlis pertunangan adik ipar aku.kalau tak der kenduri, alamatnyer belum balik lagi la jawabnyer..sebelum-sebelum ni pun mak n bapak mertua aku jer yg dtg sini jenguk cucu-cucu diorang.. kesian diorang.. Untuk balik ke Kedah ni aku amek cuti selama 2 hari (Jumaat n Isnin)..almaklumlah, dah lamer tak balik saner.. spend lebih masa sket utk diorang.. Key r, tak mau citer panjang2 tengok jerlah gambo2 kat bawah ni yer..

Mini Pelamin untuk sarung cincin.. Tema kali ni kaler Biru Terquose..

Ni la wajah adik ipar aku yg bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan November ni..mesti berdebar2..

Ni barang2 hantaran dari pihak pompuan.. 7 dulang semuanyer..

Yang ni plak barang hantaran dari pihak lelaki. dibalas 5 dulang..
Aku n qisqis tak lepas peluang utk berposing dgn bakal pengantin ni..

Entry Kursus Lagi..

Wah.... Naper la aku semakin lamer semakin malas untuk mengupdate ini blog?? Tapi oleh kerana aku da janji da tunjuk gambo maser kat kursus ari tu, so, aku pun merajinkanlah diri ku ini utk mengapload gambo2 ni utk tatapan korang..so, tengok jerlah gambo nyer yer.. tak der penerangan yg terperinci tau.. jom, layanzzzzzz......

Ni maser hari kedua kursus.. lepas breakfast, ternampak plak ader tempat lawa kat area hotel ni, so amek kesempatan la utk berposing sebentar..

Ni la namer kursus yang kitorang pergi.. memang seronok giler..seronok berkursus jer la.. seronok bekerja tak tau lagi..hihi..

Ni ahli group aku yg diberi nama Kumpulan Paradigma.. Ceh!!!

Aktiviti yg ni suh kita berfikir camaner cara nak ikat 5 biji bola pingpong menggunakan 3 batang straw jer.. At last, kumpulan kitorang berjaya menjadi kumpulan pertama yg menjumpai cara utk mengikat bola-bola tu..

Yg ni aktiviti reka 4 jenis tarian mengikut etnik-etnik yg ada kat Malaysia..rupa-rupanya ramai peserta-peserta kursus yg mempunyai bakat tarian.. cam kumpulan kat atas ni (Kumpulan Kaizen) Kak Zaini yg merupakan kakak yg sporting tlh menjadi kareaographer (betul ker eja ni). Gambo untuk kumpulan aku takder r.. tak sempat nak amek..

Ni plak segment lakonan.. Kitorang diarahkan utk memilih satu cerita P. Ramlee, then kita lakonkan semula cerita tu tanpa melihat apa-apa dialog dan rehersal.. Memang best giler..

Ni aktiviti paling best.. hilang sumer tension yg ader kat umah n kat pejabat.. raser jd cam budak kecik semula..
Lepas habis game, sumer penat.. amek gambo pun kena wat muka penat..dalam game ni group kitorang dpt tempat ketiga..ok la tu beb..

Aktiviti ni maser last day.. ala-ala cerita penyiasatan..kitoarng kena pecahkan kod-kod di mana di sebalik kod tu ada arahan yg kiter perlu ikuti.. dan hasilnya adalah seperti gambo di atas..

Lepas tu plak kitorang kena susun daun trop buat menara setinggi yg boleh tanpa menggunakan bahan-bahan bantuan.. dlm aktiviti ni group kitorang menang lg..


last aktiviti kena wat apa-apa benda menggunakan bahan terbuang yg diberi.. group kitorang pilih untuk buat bangunan. konon-konon buat sebuah wisma yg diberi nama Wisma Paradigma..
Ini hasil dari pada group lain.. kreative kan diorang..


Sebelum peserta kursus bersurai, tak luper untuk bergambo kenangan dengan penceramah kitorang yg sporting iaitu Dr. Normaliza Abd. Rahim dari Universiti Putra Malaysia.

Wednesday, June 3, 2009

Kursus Keseronokan Bekerja

Hola everibody!!!.. wah, kat seminggu aku tak update ini blog.. sejak balik dari kursus hari tu, kemalasan telah melanda diriku ini untuk mengupdate blog.. Maser minggu lepas (26 - 28 Mei) aku pergi Kursus Keseronokan Bekerja.. almaklumlah.. semenjak 2 menjak raser tak seronok plak nak kejer.. so, biler jer opis wat kursus ni terus aku hantar nama la nak join sekali.. lagipun utk tahun ni aku lum pergi lagi maner2 kursus..

Untuk pengetahuan korang, kursus ni diadakan di Tiara Beach Resort, PD. dekat jer.. tp, tempat dia blh tahan lawa n bess la untuk bebudak coz tempat dia ada kolam renang n pantai buatan yg besar..Untuk kursus ni, cam tahun lepas aku bawak qisqis sekali.. n orang yg akan jaga dia nnt adalah adik aku n mak aku..oleh kerana bapak aku n adik aku yg lg sorang pun nak ikut, memula aku book satu bilik lain utk parent n adik2 aku menginap. pastu mak aku blh plak ajak family makcik aku join sekali.. so, kena book lg 1 bilik.. kiranya diorang amek kesempatan untuk bercuti-cuti malaysia la.. kalau korang nak tau, sewa bilik kat Tiara ni murah giler.. RM59 for 1 nite.. dlm bilik ni blh muat 3 - 5 orang.. besar bilik dia.. kira murah sgt la.. mungkin disebabkan weekday kot yg diorang letak harga murah.. biler da time cuti sekolah or weekend blh cecah RM300. mahal giler..

Untuk pengalaman kursus ni, aku raser kursus ni la yg paling sonok dalam banyak2 kursus yg aku penah pegi sebelum ni.. dr segi topik yg dipilih dan juga aktiviti berkumpulan yg diadakan. semua menarik minat peserta2 kursus ni termasuklah aku.. raser cam tak cukup jer kursus 3 hari 2 malam ni.. kalau boleh nak lanjutkan sampai 1 bulan..hehe, boleh tak gitu..serius besh giler..tak boring langsung.. nnt kat entry lain aku akan upload gambo maser dlm kursus ni key.. gambo sumer ada dlm kamera n tak transfer lg.. so, c u again in the next entry...chow!!!