Friday, July 31, 2009

JJCM

Hola.. Jalan-jalan Cari Makan Kali ni kat area Desa Pinggiran Putra jer.. Hubby aku yg beria-ria nak g makan kat sini. Actually kedai makan ni adalah kedai makan baru kat area Putrajaya ni.. tempat dia pun agak menarik sebab dikelilingi dengan kolam ikan air tawar.. Restoran berhadapan dengan Desa Pinggiran Putrajaya. sesiapa yg duduk area Pinggiran Putrajaya or selalu gunakan jalan menghala ke PICC mungkin tau kot kedai makan ni.. K r, tak mau membebel panjang2.. layan jer la gambo kat bawah ni..

Nama kedai makan ni D'Desa Pinggiran Putra. ada dua ruang tempat makan. satu kat bagnunan restoran tu sendiri n satu lagi kat tempat open tepi kolam..

Ni kat bawah bangunan restoran tu..

Yg ni kat sebelah kolam ikan.. romantik jer kat area ni kalau malam2..

Siap ada air pancut lagi.. lawa kan??romantik jer raser..

Qisqis sempat panggil pish (fish) lagi. "pish..pish..!!".. kat bawah ni banyak ikan keli tau..
kat restoran ni pun siap ada pentas or astaka untuk berkaraoke..tp malam td, dia tak bukak untuk sesi berkaraoke pun...so, Qisqis main lari2 coz tengok ramai budak main lari2 kat situ..Qisqis pun taknak ketinggalan gak berlari..asik naik turun tangga astaka tu jer..kalau jatuh baru padan muka..
So, ni la kitorang nyer hidangan kat situ.. en.hubby order ikan siakap masak steam, sup sayur, telor dadar n sambal belacan.(sambal belacan tu free jer..) Air lak oder air Carrot susu untuk aku, kopi jantan untuk en.hubby n air soya untuk Qisqis.. so, total sumer RM25.00 jer untuk malam tu.. murah tak?? aku raser harga dia agak murah la.. raser makanan pun sedap.. so, berbaloi sangat makan kat situ walaupun kena tunggu agak lama coz servis dia agak lambat sedikit.. so, kat sini aku kasik bintang daripada 5, cuma dapat 4 bintang sahaja. kalau servis dia tiptop memang dpt 5 bintang dari aku.. so, lepas ni korang try la plak yer..
Luper lak nak citer, restoran ni pun ada sediakan kolam untuk memancing ikan air tawar bagi yg kaki pancing tu.. tapi, aku tak tau r plak sewa dia baper.. so, kalau tak nak g makan, boleh g memancing jer.. K, tu jer yg aku nak citer..

Tuesday, July 28, 2009

Majlis Persaraan Boss

Tadi tengahari ada majlis Persaraaan Boss dan juga Majlis Bulanan kat department aku.. Boss aku ni, tak silap aku, baru jer 3 bulan dipindahkan ke opis aku ni.. la ni da nak bersara plak.. aku baru jer raser seronok kejer ngan dia.. pasni nak dapat boss baru lagi.. macam maner plak la perangai boss baru aku tu nnt. adakah cam boss aku yg skrg ni??

Sebelum bos aku ni dipindahkan ke sini, aku dengan macam2 citer negativ tentang dia.. tp, sesungguhnyer.. sumer tak betul.. aku raser banyak2 aku jaga bos, bos yg ni no. 3 baik antara 8 bos yg pernah aku jaga.. dia ni tersangat la humble.. susah nak tengok dia marah.. dan tak kedekut.. rajin bercerita pengalaman hidup dia dan secara tak langsung suka nasihatkan aku tentang kehidupan.. aku raser cam bapak aku plak aku raser sedih gak biler dia nak bersara ni.. ekceli, dia bersara pilihan.. bukan bersara wajib.. mungkin dia ada business lain kot sbb tu dia nak bersara awal.. aper2 pun boss, saya doakan bos berjaya dalam aper2 bidang yg bos ceburi lepas ni.. hopefully boss happy dengan keputusan yg boss pilih ni..




Ni la boss aku, namernyer En. Mohd. Idris bin Bahari.. Orang Perak.. Kalau bercakap memg keluar slaing Perak.. anak Perak sejati..





Tengah beri amanat terakhir sebelum bersara.. Sempat gak kasik kata-kata nasihat untuk kami semua.. Kesian kat dia.. kami tak dapat nak buat Majlis Persaraan yang grand2.. cumer dapat buat majlis kecil-kecilan sahaja..

Kitorang tengah kusyuk mendengar amanat terakhir dari boss..


Timbalan Pengarah 1 mewakili Department kitorang memberi cenderahati pada En. Idris..

Selain majlis persaraan, kami sambut sekali majlis hari jadi untuk pegawai dan staff bahagian. Tiap2 bulan mmg ada majlis ni.. To Cik Ida n Sofea, Happy Besday to both of you.. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknyer.. amin..

Hidangan yg disediakan.. Nasi Kuning Rendang Ayam dari Lemon Grass Alamanda, Kuih agar2 disponsor oleh Kak Anum, Buah Mata Kucing n dokong disponsor oleh diriku n air disponsor oleh Sofea..
Dan ini agar2 koktail pun juga disediakan khas oleh diriku..

Hadiah Tournament Golf

Hujung minggu baru2 ni, en.hubby ada tournament golf for the 1st time.. Ekceli, en.hubby baru jer berjinak2 menceburkan diri dengan sukan golf ni.. Tak sampai 10 kali training, da masuk tournament.. sudahnyer.. kalah la jawabnyer.. huhu.. cian kat en.hubby, daripada tak dapat aper2, dapat hamper pun jadik la.. pasni, teruskan lagi usaha anda yer papa.. jgn patah semangat.. mulakan dengan kekalahan dan diakhiri dengan kemanisan kejayaan.. cheh!!! cayyok!!cayyok!!..

Bestfriend's Weeding

Hola!! Sabtu lepas aku g weeding bestfriend aku (Ayu) kat Jengka 17. Memula nak g sekeluarga la.. last-last minute plak hubby tak dapat pegi coz ader kejer.. hampeh betol.. sib baik ada kawan aku yg nak g gak.. so, aku pun tumpang la keta dia..
Ayu ni kawan aku masa kat poly.. dia la kawan yg paling rapat ngan aku start dari zaman poly sampaila zaman kejer.. sebelum kawen, aku duk serumah ngan dia kat KL.. hidup susah senang aku, dia la yg banyak tolong..tp, cumer jodoh dia lambat sket jer dari aku..alhamdulillah, kawen gak dia.. ape2pun ayu, saya doakan awak moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..dapat anak banyak2 sepertimana yg awak impikan sebelum ni..amin..
Aku gerak dari umah kol 10.15 pg. then sampai jer umah kawan aku yg aku nak tumpang tu (kat putra heigh, shah alam) dalam kol 10.30. then terus gerak ke Jengka..memula jalan agak jem masa kat Ampang..biasala area situ mmg selalu jem..tp, oleh kerana kecekapan kawan aku tu memandu, akhirnya sampai gak kat Jengka dalam kol 1.00 tghr.. sampai2 tengok pengantin da bersanding.. cepat giler..
Sampai2 jer, kitorang terus serbu tempat makan..almaklum la..lapar beb jalan jauh..lepas makan, baru g tengok pengantin..jom layan gambo..
Ni la Ayu n pasangannya.. lawa kan kaler baju dia.. coklat gelap campur pink.. jarang orang pilih kaler camtu..

Bergambo ngan family kawan aku - Ijat. Dia nilah yg aku tumpang g kenduri Ayu..Ijat ni pun salah sorang bestfriend masa kat Poly.

Mama ngan qisqis cam biasa tak lepas peluang untuk interframe.. Tengok baju Qisqis, habis lencun depan baju coz masa makan, dia g main air sampai tumpah..hangin jer aku..

Aku suh Qisqis duk kat kerusi pengantin. tp, dia plak sibuk nak duduk kat tangga pelamin..
Ha.. ni Ina.. salah sorang housemate aku masa kat KL. Lamer giler tak jumper dia.. start aku pindah Putrajaya sampai dia da beranak 2 nak masuk 3 orang baru aku jumper semula.. huhu, rindu giler kat dia..

Tuesday, July 21, 2009

Tag & Award dari Ena Lagi..

Hola kawan2!!.. hehe.. aku tak tau r naper aku da malas tahap tak hengat untuk mengupdate ini blog.. adakah kerana tak ader cerita yg aku nak ceritakan?? mungkin yer kot.. oleh sebab takder cerita sekarang ni, aku nak wat tag secara marathon la.. tag ni pun da lamer ena kasik.. sorri yer pn.ena.. skrg ni baru nak wat.. jgn segan2 nak kasik lagi tau..


1st Tag


Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
* hehe.. hp ni baru 5 bulan aku pakai*..


apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?



* memula.. kat hp lamer aku bubuh wallpaper gambo mr.hubby ngan Qisqis.. pas tukar hp baru, luper plak nak transfer gambo nyer..so, gambo mr.hubby takder, aku buhla gambo aku ngan qisqis..*


Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
* ada 48 contacts jer.. (nombor contact yg lamer sumer hilang lepas tukar hp yg nie..) *


Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?
* 6 aje *


Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
* sejak aku mula2 guna hp sampai la sekarang ni, rasernyer da lebih 10 jenis kot.. aku tak ingat da.. (3 kena curik, n yg lain2 sumer sebab da rosak kena baling lah.. masuk air la..n etc) model yg aku da penah guna, nokia, sony ericson, siemen n samsung*..


Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
* dari dulu sampai sekarang aku setia pada yg satu iaitu CELCOM coz hubby, parent, adik- beradik n family in law kebanyakkan guna celcom*..

Nada dering yang anda gunakan?
* Lagu Hello Sayang!! by Saiful Apek*


Senarai top 5 yang anda selalu msg?
*cik somi aku*
*mak*
*adik-beradik*
*ross*
*lynn*


Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
*Hubby*


Orang yang nak di tag?5 org ni sahaja :
*cikgu fiza*
*cikgu azyati*
*cikgu kerul (hubby azy)*
*mdm. asmat
*mdm. angel



2nd Tag


1. Nak tau sangat nama singkatan korang,umo dan dok mana....???ye laaa..kekadang keliru gak nih...klu dah tau...nak save,lpas ni mudah la nk ingat...he2...

* nama singkat aku ialah - parent, adik-badik, kengkawan sekolah & Poly panggil YAN.. Family In-Law panggil SUE.. kat KBS panggil CT.. Kat DCA ni ader yg panggil CT n ader gak yg panggil SUE.. Umo, bulan 8 ni baru 28 tahun..(muda lagi kan?? :P) dok kat kuarters Presint 9, Putrajaya..*
2.Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih???..biasa kol berapa??lama tak?
* boleh dikatakan tiap2 ari bekerja gak la sesambil wat keje..org ckp sambil menyelam minum air..*
3.Bila dah on kat Blog...apa yg korang buat ek???
*tengok komen2 yg kengkawan kasi..pastu jejalan kat blog2 kengkawan yg dah update dan tinggalkan jejak..*
4.Penah tak sedang asik melayan intenet ni...korang telah abaikan sesuatu....?he2..
*tak..semua kegiatan berblogging or email or kerja akan dilaksanakan serentak..*
5. Macamana cara korang masak maggie ek???
*aku masak maggie simple jer.. memula rebus air.. biler da mendidih, masukkan telor n sayur, lada cili or binatang2 laut n darat..then masukkan mee n lastly baru masukkan perencah dia.. boleh la tahan sedap..tp, pasni aku nak try cara ross masak maggi.. cam sedap giler jer.. aku nie sejak dr zaman sekolah2, maggi salah satu makanan feveret aku..sebab tu la aku tak pandai sgt..huhu..*
6. hubby korang tau tak korang ada blog ni....penah tak hubby korang baca blog korang????
*hubby aku tau aku ada blog.. n dia rajin gak r jenguk aku nyer blog..pas dia jenguk dia akan komplen kat aku..dia cakap ayat aku tak betol lah.. naper takder citer pasal dia la.. mcm2.. aku suh dia wat blog sendiri, tak mau plak dia..*
aku kasi tag ini kepada
1) cikgu fiza 2) cikgu azyati 3) cikgu kerul 4) Mdm. Asmat 5)Mdm. Angel

3rd Tag
Untuk menerima award nie, ader rules dia.. aku kena jawab tag yg diberikan.. so, no hal la..

The rules:
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
Nama pemberi award & tag nie ialah:
Ena
1) Seorang ibu kepada baby yg comel iaitu Muhammad
2) Seorang isteri yg penyayang kepada En. Mohammad Nor
3) Seorang anak jati Selangor
4) Opis dia kat DCA gak, tapi kat tingkat 2, Podium B
5) seorang yang periang, senang didekati and friendly..
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
1-Anak jati Johor..
2-Anak sulung dari 6 beradik...
3-Isteri yang dicintai,dikasihi dan disayangi oleh En. Zulhelmi Bin Abdul Halim
4-Mama kepada seorang puteri yang manis Balqis Batrisyia binti Zulhelmi
5-Seorang yang low profile, tak banyak cakap n friendly..
6-Seorang yg suka aktiviti2 lasak spt naik gunung, berkayak n also jungle tracking
7-boleh jadi pendengar yang setia...
8-tak pandai bercerita...
9-Seorang yg suka berjalan2 or melancong..
10-Tak pandai sangat memasak tp, dalam proses belajar memasak dari mr.hubby..
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe tentang mereka :
aku kasi kat kengkawan aku nie:
i) cikgu fiza
ii) cikgu aziyati
iii) cikgu kerul
iv) mdm. asmat
v) mdm. angel

p/s: selesai sudahh..

Thursday, July 16, 2009

Johnny's

Hola!! lamer tak update..coz kemalasan yg melanda.. actually ni citer semalam.. oleh kerana aku berpuasa ganti semalam, so, dgn muka ala-ala manjer memujuk la en.hubby utk berbuka kat luar.. oleh kerana semalam hari rabu (ladies nite), so, plan nak g tengok wayang sekali..tak kisah la citer2 aper yg ada..
so, balik umah, lepas tukar baju terus gerak g alamanda.. biaserlah..alamanda jer yg paling dekat. sampai2 jer, tengok dah dekat waktu berbuka.. memula nak g makan kat foodcourt jer.. pastu tertoleh plak kat...

so, wat muka kesian r kat mr.hubby nak makan kat situ.. hehe, nasib baik mood hubby baik time tu.. so, tanpa banyak soal terus g masuk johnnys.. so, menu yg kami oder..

Fried rice hot n spicy utk aku n qisqis, hubby juz makan stemboat n nasik putih jer n orange juice ngan limau ais.. fried rice hot n spicy tu tak pedas langsung.. tp, raser dia juz nice.. ok la untuk aku yg tengah lapa tu..n qisqis pun boleh makan..
Qisqis bukannya makan sangat.. main jer banyak..habis berterabur nasik.. asik main air sampai lencun baju kat area bontot.. sudahnyer cancel tengok wayang, terus balik umah.. kat umah wat wayang sendiri..huhuhu...

Thursday, July 9, 2009

Tag from ena

Actually, tag ni da seminggu aku terima dari sweetyena.. sory ena, kak sue lambat jawab.. hari ni baru ada mood..
1. Bila kali terakhir anda cuci toilet?
- tk ingat biler..da lamer giler aku tak cuci toilet.. coz tugas tu disandang oleh mr. hubby.. thanks papa..
2. Pencuci apa yang anda guna?
- kiwi cleen..
3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
- seminggu sekali jer kot..(tupun kalau raser lantai da berminyak..kalau tak, juz sapu jer)
4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
- balik kejer jer.. mandi2 then susukan qisqis merangkap rehat2 jap..pastu maghrib. kalau ada mr. hubby, main masak2 jap. kalau hubby takda tengok tv ngan qisqis..
5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
- masak sardin + telor dadar + sup sayur..mr.hubby n qisqis suker sngt lauk2 tu..
6. Minuman yang anda buat setiap pagi?
- jarang wat air pagi2..juz teguk air susu HL Marrigold
7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?
- gosok baju, siapkan barang2 qisqis nak bawak g nursery then check pintu, tingkap n grill tertutup n terkunci.
8. Harus menjawab tag ini?
- semestinya korang yang kena tag nie kena jawap..k..
1. asmat
2. azzyati
3. pza
p/s-: sila² la jawap tag nie yea..(kalau free)

Tuesday, July 7, 2009

Biler Qisqis Sengsorang..

Korang tengok jer la perangai Qisqis biler dia duk sengsorang..Mesti ada kejer yg dia buar secara senyap2.. time tu aku tengah berperang kat dapur.. bapok eh balik lambat.. tengok2...

lantok ko la Qisqis oi.. janji ko diam n tak mengamuk.. kalau mama mengamuk takper..

Biler mama da siap masak, pandai plak terus letak bedak then panjat kerusi then terus duduk n makan.. da lapa sangat yer sayang..cian anak mama ni..

Dream House To Be


Maser balik dari Mid Valley hari ahad baru2 ni.. aku terus g bangi, nak tengok progress umah.. alhamdulillah.. dah nak pasang bumbung dah.. ish!! tak sabo nyer aku nak duk umah sendiri.. hopefully, semuanya akan siap dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. amin..

Pet World Malaysia 2009

Tarikh : 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 12.00 tgh - 5.30 ptg
Tempat : Mid Valley, KL
Hola!!.. ujung minggu baru-baru ni aku n family g jenjalan kat Mid Velly. Nie sumer hubby aku nyer program la.. dia yg beria-ia ajak..kononnya nak g tengok pameran memancing sempena Pet World Malaysia kat Mid Valley.. Almaklumlah.. mr. hubby kan kaki mancing. pantang dengar ada pameran pasal mancing, laju jer nak g.. so, aku sebagai isteri mithali, pegi la meneman ke mana jua pun suaminyer pergi.hehehe..
Punyer la jem nak ker saner.. paking yang punyer banyak kat mid valley tu pun sikit punyer susah nak dapat.. at last, berkat kesabaran akhirnya jumper gak paking. tu pun kat tingkat paling atassssss sekali..takper r.. janji dapat.. so, tanpa berlengah lagi kami pun terus ke tempat yg dituju.. biler nak masuk kat tempat pameran tu, rupernya kena bayar.. dewasa RM5.00. nasib baik murah jer.. so, biler da bayar sumer, kami pun masuk.. g la mencari n melihat aper yg perlu dilihat.. round punyer round.. pameran mancing tak nampak bayang pun.. yg ader sumer binatang2... namer pun 'pet world' kan.. so, aku nengok hubby punyer muker cam frust jer.. kesian kat dia.. yerlah semangat berkobar2 nak tengok.. tp takda plak kan.. nak wat camaner.. mungkin dia cancel last minute kot.. oleh kerana dah bayar kami pun meneruskan melihat binatang2 yang dipamerkan.. hm... comel2 giler dia nyer kucing n anjing.. ruangan anjing n kucing actually diasingkan coz, kucing ngan anjing maner leh duduk samer.. ader yg bergaduh nnt.. tengok jer la gambo kat bawah ni..


Comelkan sangkar kucing ni... da gayer tempat hantaran plak...


Kat area pameran anjing ni, aku tak lelamer pun.. yer la.. anjingnyer bukan dalam sangkar. (panggil sangkar ker dianyer rumah?? aper2 jerlah yg sewaktu dengannyer.. korang paham2 sendiri jerlah yer..) diorang wat pameran open.. bahaya gak bagi kiter yg orang islam ni..kang tergesel or terkena badan anjing tu, tak pasal2 kena samak ngan air tanah.. tpi, siesly.. comel2 giler diorang nyer anjing..


Hamster pun ader.. geram..cam nak beli jer sekor..qisqis pun suker kat hamster..
Rabbit n fish pun ader.. qisqis happy giler..
Duduk rehat jap biler da penat round..
Sebelum keluar dari tempat pameran, papa n qisqis tak lepas peluang untuk interframe..

Keluar dari tempat pameran kitorang terus cari makan.. hidangan kami untuk petang itu..
Mc'D la..nyum..nyum...

Lepas makan, qisqis ternampak plak benda alah ni..dan dan terus tunjuk nak naik.. aper2 jer la qisqis oi...

Maser round2 kat mid valley, depan kedai bodyshops ternampak orang ni.. dia dalam kotak kaca.. tapi dia wat pergerakan robot.. tertanyer2 gak.. orang betul ker bukan.. coz cara dia gerak sebijik cam robot n mata pun tak berkelip2.. keliling kotak tu ramai yg tengok n perati samada orang betol ke robot.. pandai dia wat.. dia tengah promosikan barang2 bodyshops..

Wednesday, July 1, 2009

Lauk untuk berbuka..

Haha..korang jgn kecur air liuk plak tau.. n jgn salah sangka.. hidangan kat atas tu da tentu bukan aku yg masak.. mak aku yg masak maser balik kg ari tu.. aku tunjuk gambo kat atas tu, juz untuk mencari ilham. Hari ni aku poser... (poser ganti yg tak abih2 lagi).. so, tengah pikir aper benda yg aku nak masak nnt wat berbuka puaser.. kalau la aku kat kg sekarang ni.. takyah aku nak mikir sumer ni.. beshnyer kat kg!!! n rindunyer ngan masakan mak!!!

Buah.. Oh Buah!!

Hola!! ni entry minggu lepas sepatutnya..2 minggu lepas aku n family balik kg aku kat Batu Pahat. Yerlah..sebelum tu da balik Kedah, kali ni balik Johor plak la.. baru fair n square.hehe.. Takda aper pun nak citer.. cumer balik kali ni aku raser puas sesangat coz balik time buah especially buah durian.. perh.. aku n hubby makan tak hengat..
Aku gerak dari Putrajaya dalam kol 10.30 mlm hari jumaat. niatnyer nak gerak awal..tp mr.hubby nak rehat2 dulu katernyer.. sampai umah dlm kol 1.30 pg.. maser aku sampai, penguhuni rumah abah aku sumernyer da sampai maner dilamun mimpi pun aku tak tau la.. lepas baper kali ketuk pintu n beri salam, barula muncul muka abah aku yg comel baru bangun tido.hihi... dah siap salam2 n peluk2 n tanyer kabor sumer, mak aku suh aku masuk dapur.. org pertama yg masuk dapor ofkos la mr.hubby yg gelojoj tu.. masuk2 jer, dia sibok jerit suh aku masuk dapor gak.. aku pun g la.. tengok2 da satu besen beso buah durian.. bapak aku ckp ha... makan la korang sampai lebam.. ruper2nyer sblm kitorang balik dia da g beli siap2 buah durian tu.. aku ingatkan durian kat kebun abah aku.. abah aku cakap ada gak buah durian kat kebun. cumer tak baper jd sangat.. buahnyer kurang manis.. camaner nak manis.. abah aku g bubuh baja kelapa sawit kat pokok durian tu.. ader ke patut..huhu.. Lepas tengok jer, kitorang pun aperlagi.. tengah2 pagi tu g melantak durian..kalau da laki bini hantu durian, anak pun boleh luper.. aku pelik, aku ngan hubby punyer la suker makan durian, tp qisqis lak boleh tak suker.. dia geli kot.. rugila kalau qisqis tak suka makan durian..
Bangun pagi besok, kitorang sambung lg melantak durian.. durian wat makan breakfast. tak senonoh betol.. pastu dalam tengahari tu, mak aku ada citer yg kat umah makcik-makcik aku kat benut n simpang renggam pun buah. durian dia tengah banyak giler.. biler hubby aku dengar jer, apalagi terus dok menggeletik mencuit-cuit aku ajak g umah diorang.. hihi.. kelako la laki aku tu.. so, petang tu dalam kol 4.00 petang tu kitorang n adik-adik aku n family pun pegilah umah makcik aku kat simpang renggam.. diorang cam tau-tau jer kitorang datang sebab aper.. hihi.. yerlah, sebelum ni jarang gi.. tp, kitorang tak berniat nak g saner juz nak makan buah je tau.. niat lain nak g menziarah.. almaklumlah, lamer tak jumper.. so, korang tengok jer la gambo2 kat bawah ni...


Ni la tuan punyer rumah.. yg pompuan tu kakak kepada abah aku..yg lelaki tu da tentula abang ipar abah aku...

Ni durian yg da gugur untuk hari tu.. banyak kan??

Durian yg diorang hidang jenis D24.. sedap giler.. almaklumlah.. durian kawen.. ader gak durian kg.. tp, yg mendapat sambutan durian ni...

Dalam maser 10 minit jer, tinggal kulit jer.. ini baru 1st raound.. second raound kitorang dihidangkan ngan buah rambutan n manggis.. aku luper nak snap gambo.. dah selesai makan2 kitorang g jenjalan kat area umah makcik aku ni.. tengok pokok2 buah yg lain..




Macam2 pokok buah yg ada.. pokok durian belanda, manggis, rambutan n pulasan..sonok giler aku tengok.. besh nyer kalau jd anak dia.. nasib la anak2 dia da beso.. tp, buah yg lain sumer lom masak lagi.. dlm 2 minggu lagi masak kot.. sempat la aku balik lagi sekali. hihi..
Dalam kol 6.00 ptg tu kitorang pun berangkat pulang.. memula niatnyer nak terus balik umah.. tp, dlm pikiran nak jenjalan lagi.. so, kitorang g plak umah makcik aku yg lagi 1 (kat benut).. sampai2 kat saner tengok takder orang kat umah.. tp, sebelum datang tu, kitorang mmg da inform awal2 nak datang.. kuar2 keta jer, tiba2 dgr bunyik benda jatuh.. hubby n abah aku aper lagi, terus la mencari aper gerangan yg jatuh tu... tengok2...

Ada banyak gak la durian yg jatuh yg belum diambil. so, hubby n abah aku ngan rela hati g mengutip buah-buah yg gugur tu.. kasik can la.. almaklumlah.. kat kedah tak da dusun buah.. tanah bendang ada la...lalala..

(abaikan lelaki yg pakai baju jersi hitam tu..tu adik ipar aku. syok sgt makan buah sampai tak perasan gambo kena amek..) Lepas setle kutip buah.. kitorang round belakang umah plak.. almaklumlah..nak masuk umah, tuan rumah takder.. so, berjalan2 jerlah sekeliling umah.. tengok2 buah rambutan da masak tengah bergayut2. geram giler aku..

Ni la tukang kait buah rambutan yg berjaya.. kesian kat abah.. menantu2 yg ada tolong tengok jer.. huhu...
N ini pengutip buah rambutan yg berjaya gak.. adik aku yg paling bongsu..abah aku kait buah, dia plak tolong kutip.. bagus!!! da selesai amek buah bagai, n bonet kereta da dipenuhkan ngan buah-buahan, kitorang pun berangkat terus pulang ke rumah... memang sonok giler...